Jumat, 11 Maret 2011

Sejarah Hari Perempuan Sedunia 'Womens Day'

Hari ini, 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100 tahun. Tema Hari Wanita Sedunia untuk Tahun 2010 ialah "Equal Rights, Equal Opportunities : Progress for All". Begitu juga pada tahun 2011 iaitu "Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi : Laluan kerjaya terpuji untuk wanita".

Sejarah dan Asal-usul Bagaimana Wujudnya Hari Wanita Sedunia?

Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan? Sedangkan tiada hari khas untuk lelaki. Ia sebenarnya adalah simbolik kepada kejayaan wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan, dan kemajuan dalam kehidupan mereka.

Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai Hari Sambutan Wanita Sedunia. Pada tahun 1975 , Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mula mengiktiraf 8 Mac setiap tahun sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia. (sumber: Perutusan Wanita Sedunia).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silakan Tulis Komentar Anda